Anda Kenal Gorden Wagener?
Gorden Wagener ialah Naib Presiden Design untuk unit operasi reka bentuk di seluruh dunia Daimler AG.
Beliau bermula di Mercedes Benz pada tahun 2008, (menggantikan Peter Pfeiffer yang menghabiskan kira-kira 40 tahun di Mercedes Benz membentuk klasik-klasik seperti coupe W123 dan siri SL) dan bertanggungjawab untuk pelbagai reka bentuk baharu Mercedes yang kacak dan dinamik.
Reka bentuk yang baik dalam kombinasi dengan kejuruteraan yang hebat adalah apa yang kita lihat dalam kenderaan jualan semasa yang terbaik daripada Mercedes Benz.
Untuk Gorden, reka bentuk mentakrifkan jenama dan pendekatan yang menyeluruh adalah penting.
Di bawah kepimpinan beliau, falsafah reka bentuk baharu yang sensual dicipta pada tahun 2009, yang mentakrifkan kemewahan moden.
Pelbagai model menanggung tandatangan Gorden Wagener sebagai Naib Presiden Design, seperti model baharu E, C dan S-Class, GLE Coupé, SUV GLC, Mercedes-AMG GT serta kenderaan pintar dan perdagangan syarikat.
Melihat kepada pelbagai kenderaan Mercedes Benz semasa, kami pasti bahawa pereka berusia 48 tahun ini dari bandar Essen di Jerman mempunyai banyak lagi idea untuk memastikan Mercedes Benz berkedudukan No.1 di Malaysia dan global.
No Comment