Berita Auto

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Proton Ertiga

Tahun ini sahaja, Proton sudah melancarkan tiga model baru bermula dari Perdana pada bulan Jun, diikuti oleh Persona dan Saga tidak lama kemudian. Namun, tiada istilah rehat bagi syarikat itu yang akan melancarkan model keempat mereka tahun ini iaitu Proton Ertiga.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Secara asasnya, Ertiga adalah MPV kompak yang direbadge dari model Suzuki dengan nama yang sama. Kenderaan yang terhasil dari usahasama antara Proton dan Suzuki yang ditandatangani pada 2015 itu bukanlah pengganti kepada model Exora.

boot

Proton Ertiga bakal dilancarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (automatik) dan Executive Plus (automatik) sebagai varian paling lengkap. Harga masih belum diumumkan namun kami menjangka ia akan dijual dalam lingkungan RM60,000.

logo

Ketiga-tiga varian menampilkan enjin Suzuki Swift 1.4 liter yang menghasilkan 92 PS pada 6,000 rpm dan 130 Nm tork pada 4,000 rpm. Ia dipadankan sama ada dengan transmisi automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan. Ertiga adalah kenderaan Proton pertama yang diberi status EEV dengan tahap penggunaan bahan api sebanyak 5.7 l/100 km bagi manual dan 6.0 l/100 km bagi automatik.

wheel rim

Dari segi penampilan, tidak banyak perubahan yang dilakukan pada reka bentuk Ertiga selain dari logo. Wajah ‘Proton Wing’ yang ditampilkan menerusi Perdana, Persona dan Saga juga tidak kelihatan pada MPV itu.

rear view

Walaupun ia lebih kecil berbanding Exora, Ertiga masih mempunyai tahap praktikaliti yang memuaskan terutamanya dengan tiga baris tempat duduk yang mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang. Tempat duduk baris kedua boleh dianjak sehingga 240 mm dan dilipat dengan hanya satu sentuhan bagi memudahkan penumpang untuk masuk ke tempat duduk baris ketiga.

Bottle holder

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pendingin hawa belakang yang diletakkan pada bumbung, dua soket 12V, radio dengan fungsi CD/USB serta empat pembesar suara.

Isofix

Aspek keselematan pula merangkumi dua beg udara, cagak Isofix, ABS dan EBD. Paling penting, Ertiga juga mendapat pengiktirafan empat bintang dari ASEAN NCAP.

Brake light

Empat warna akan ditawarkan bagi model ini iaitu Carnelian Brown, Ruby Red, Metal Grey dan Cotton White. Ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan.

 

Previous post

Perkhidmatan Concierge Volvo Cars Sasar Tingkatkan Pengalaman Pemilikan

Next post

Caltex Raikan Ahli Journey Card Yang Ke Sejuta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *