Berita Auto

Bonus Super Akhir Tahun dari Mitsubishi Motors Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang mengadakan promosi yang menawarkan bonus sehingga RM10,000 untuk model Mitsubishi yang terpilih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari sekarang hingga 31 Disember 2016, pelanggan yang membeli Triton MIVEC Turbo Diesel boleh menikmati bonus wang tunai bernilai RM9,000. Bonus untuk varian Triton yang lain adalah seperti berikut:

Mitsubishi Triton Bonus

Pelanggan yang memilih varian ASX yang terpilih pula akan mendapat bonus bernilai RM10,000 dan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. SUV kompak itu dijual pada harga bermula dari RM105,744.31 untuk varian 2WD GL, RM115,468.71 untuk 2WD dan RM129,010.43 untuk varian 4WD.

Pelanggan yang memilih Pajero Sport VGT akan menikmati bonus sehingga RM5,000. SUV itu berharga RM 179,716.92. Sementara itu, pelanggan yang membeli Attrage GS akan mendapat bonus sehingga RM12,000 manakala pembeli Attrage GL pula akan mendapat bonus sehingga RM8,500.

image001 (1)

Bukan itu sahaja, dari 1-30 November 2016, pemilik Mitsubishi juga akan menikmati diskaun sehingga 20% untuk penyegar udara anti-bakteria, rawatan minyak enjin, pembersih sistem bahan api diesel serta pembersih penyejat.

Previous post

161,553 Hadiri MotoGP Malaysia 2016

Next post

Rupa Mercedes G-Class Masa Depan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *