Cabaran di Indonesia Menanti Pemandu-pemandu Muda F4/SEA
Berikutan perlumbaan yang sengit di Clark International Speedway di Filipina pada Oktober, barisan pemandu muda dalam musim pertama kejohanan Formula 4 South East Asia (F4/SEA) akan berlepas ke Indonesia pula untuk pusingan ketiga yang akan berlangsung dari 11 hingga 13 November di Litar Antarabangsa Sentul.
Terletak di Bogor Regency berdekatan Jakarta, litar sepanjang 4.12km mengikut pusingan arah jam dan menampilkan jalan lurus utama sepanjang 900m. Ia mempunyai 11 selekoh, termasuk selekoh 2 yang merupakan selekoh berkelajuan tinggi. Aksi potong-memotong juga dijangka akan berlaku di selekoh 3, 4, 8 dan 9.
Ini adalah kali pertama perlumbaan F4/SEA akan diadakan di Sentul. Harapan tinggi diletakkan pada pelumba tempatan iaitu Presley Martono yang hanya berusia 16 tahun dan juga Keanon Santoso.
Sementara itu, didorong oleh aksi yang memberangsangkan di Filipina, pemandu Malaysia iaitu Isyraf Danish dan rakan sepasukan Eric Louis bersedia untuk memberikan persembahan terbaik di Sentul.
No Comment