Sukan

Gaurav Gill Dinobat Juara Keseluruhan APRC 2016

Gaurav Gill yang memandu MRF Skoda Fabia R5 mendominasi pusingan kelima Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) yang berlangsung di Rali Malaysia pada hujung minggu lalu, selepas memenangi acara itu dengan margin yang baik sekaligus merangkul juara keseluruhan pemandu APRC dengan berbaki satu pusingan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Gill dan pembantunya Glenn Macneall bermula dengan baik dan terus melebarkan jurang antara pesaing-pesaing mereka yang kurang bernasib baik sepanjang acara yang berlangsung selama dua hari di Kota Tinggi itu. Keputusan itu membolehkan Gill dimahkotakan sebagai juara pemandu APRC 2016 untuk kali kedua, dan Skoda sebagai juara pengeluar.

MR16 - Gauarv Gill in the mud on Day 2 - APSM_resize

Sementara itu, Jari Ketomaa dan Mikko Lukka yang memandu Mitsubishi Mirage mendapat tempat kedua di belakang pasukan MRF Skoda. Pasangan dari Finland itu menamatkan perlumbaan di hadapan Yuya Sumiyama dan Takahiro Yasui yang mempertandingkan Subaru yang dibina khas oleh Cusco.

Pemandu dari India Sanjay Takale, juga dengan Subaru Cusco, berpuas hati dengan tempat keempat. Beliau juga berjaya mendapat tempat pertama keseluruhan dalam acara Kejohanan Rali Malaysia selepas mengalahkan lagenda rali Karamjit Singh.

MR16 - Ketomaa and Mitsubishi Mirage - APSM_resize

Keputusan – Lima teratas:

  1. Gill / Macneall
  2. Ketomaa / Lukka
  3. Sumiyama / Yasui
  4. Takale / Takeshita
  5. Kreim / Christian
Previous post

Perodua dan Nippon Paint Ceriakan Warga Tua dan Kanak-kanak Sempena Deepavali

Next post

Isuzu Malaysia Taja Borneo Safari Untuk Tahun ke-10 Berturut-turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *