Berita Auto

Haval M4 Tawar Insentif Menarik Untuk Pembeli Mereka

Haval Malaysia kini bergerak satu langkah ke hadapan dengan menawarkan pelbagai insentif menarik kepada bakal pembeli untuk jenama baru mereka Haval M4, bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2016.

jimat-bergaya-main-landscape-eng-01

Antara insentif yang menarik yang akan menanti anda ialah jaminan sehingga 7 tahun dengan perbatuan tanpa had. Untuk rekod, hanya Haval M4 satu-satunya jenama kenderaan yang menawarkan jaminan bagi tempoh tersebut. Haval Malaysia juga memberikan insentif wang tunai tanpa mengira jenis kenderaan untuk menampung baki nilai susut nilai sewa beli kereta anda yang sedia ada. Malah, nilai untuk insentif yang sama boleh digunakan sebagai deposit untuk pembelian Haval M4 baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Haval M4 juga bersedia untuk menyenangkan proses pinjaman kereta dengan bank-bank bagi mereka yang mungkin mempunyai beberapa kesukaran dengannya,” kata Dato SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamal.

Selain itu, Haval Malaysia menawarkan tiga pilihan insentif yang menarik untuk pembeli Haval M4, yang:

1. Percuma tahun pertama bayaran insurans  dan tiga bulan ansuran bank.

2. Perkhidmatan percuma lima tahun atau 100,000 km yuran buruh dan alat ganti (yang mana terdahulu)

3. Naik taraf Haval M4 Comfort untuk varian Premium.

HAVAL M4

Haval M4 adalah SUV B-segmen yang dikuasakan oleh enjin MPI empat silinder 1.5 liter VVT dengan 105hp pada 6,000 rpm dan 138 Nm pada 4,200 rpm. Semua varian Haval M4 menggunakan sistem pacuan roda depan dan datang dengan 5-Speed transmisi manual atau 6-Speed transmisi automatik.

Haval M4 varian Comfort berharga RM53,008 (MT) dan RM60,017 (AT), manakala Haval M4 varian Premium berharga RM59,839 (MT) dan RM65,852 (AT). Semua harga on-the-road tanpa insurans.

Sekarang Haval Malaysia memperkenalkan Haval M4 Elite dengan harga RM72,659 dengan lampu depan halogen dan LED di atasnya. Ciri-ciri LED tambahan juga diletakkan pada lampu kabus yang menjadikannya kelihatan lebih bergaya. Terdapat enam pilihan warna iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren.

Previous post

Andrea Dovizioso Sertai Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo

Next post

Tahukah Anda Apa Itu MPGe?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *