Berita Auto

Iriz Edisi Terhad Diperkenalkan Di Malaysia Autoshow 2016

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) hari ini memperkenalkan Iriz edisi terhad di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (“MIECC”). Pengenalan ini bersempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 yang sedang berlangsung dari 10-13 November 2016.

SilverMoondust 1

Iriz edisi terhad dari Siri PROTON Design ini didatangkan dalam 2 varian, iaitu Iriz 1.3 CVT Standard, dan Iriz 1.3 CVT Executive dengan rekaan hiasan menarik seperti ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripe’. Rekaan „Honeycomb’ boleh didapati pada model berwarna Kelabu (“Graphite Grey”) dan Putih (“Cotton White”).

Graphite Grey 2

Rekaan “The Stripe‟ pula pada model berwarna Merah (“Fire Red”) dan Biru (“Blue Atlantic”). Edisi terhad sporty ini dikeluarkan untuk para pelanggan yang mahukan perbezaan, dengan citarasa eksklusif, muda, moden dan maju ke hadapan di dalam rentak kehidupannya.

Fire Red 2

Pelanggan dijemput untuk berkunjung ke MIECC untuk merasai sendiri suasana pameran ini dan melihat dengan lebih dekat siri edisi terhad Iriz. Hanya terdapat 2,000 unit Iriz Edisi Terhad ini yang berharga dari RM44,450 – RM49,130 di Semenanjung Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tempahan dibuka di semua cawangan PROTON di seluruh negara. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih Proton pada bulan November.

Atlantic Blue 1

 

Previous post

Nissan Navara Kenderaan Rasmi Acara Rainforest Challenge 2016

Next post

Volkswagen Passat Baharu Dibuka Untuk Pra-tempahan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *