Isuzu Malaysia Taja Borneo Safari Untuk Tahun ke-10 Berturut-turut
Isuzu Malaysia meraikan ulangtahunnya yang ke-10 sebagai penaja Borneo Safari dengan menghantar empat pasukan media ke acara off-road tahunan tersebut.
Barisan jentera pengeluar itu terdiri dari sebuah mu-X Monster serta tiga buah D-Max Monster yang sudah terbukti kebolehannya mengatasi cabaran getir Borneo Safari.
Pasukan yang terdiri dari 12 orang wakil media dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu bermula dengan acara flag-off di Kota Kinabalu pada 31 Oktober.
Kerja pengubahsuaian untuk mu-X Monster tersebut terhad kepada bahagian luarannya sahaja. Enjin diesel 2.5 liter VGS Turbo Intercooler yang dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan itu dikekalkan.
Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Hajime Machimura melahirkan keyakinan beliau dengan keupayaan Isuzu mu-X walaupun terpaksa menghadapi permukaan jalan mencabar serta cuaca yang tidak menentu sepanjang cabaran tersebut.
“Walaupun ia adalah SUV gaya hidup, Isuzu mu-X berkongsi DNA yang sama seperti trak pikap D-Max kami yang telah berulang kali membuktikan kemampuannya dalam setiap edisi Borneo Safari sejak kemunculan sulungnya pada tahun 2005. Ia pasti bersedia untuk lebih banyak cabaran.”
No Comment