Berita Auto

Isuzu mu-X Monster Terima Anugerah ‘Vehicle of the Year’ di Borneo Safari 2016

Isuzu mu-X Monster mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul anugerah ‘Vehicle of the Year’ di cabaran Borneo Safari 2016 yang berlangsung di Sabah baru-baru ini.

The Isuzu mu-X (right) performed flawlessly inspite of the arduos condit...

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Borneo Safari iaitu Faez A Nordin, acara tahun ini adalah yang paling sukar dalam tempoh 12 tahun. Hujan yang turun menyebabkan kelewatan selama dua hari dengan 430 peserta bergelut untuk mengatasi lumpur dan permukaan yang licin. Permukaan muka bumi yang curam juga menguji kemahiran peserta dalam mengendalikan kenderaan.

The four units of Isuzu Media Team cars comprised the mu-X (second left)...

Namun begitu, mu-X Monster beraksi cemerlang walaupun ketika melalui laluan sukar sepanjang 30 km dari Kampung Garung ke Timberwell Camp yang mengambil masa selama tiga hari. SUV tujuh tempat duduk itu berjaya melengkapkan cabaran tersebut tanpa sebarang kerosakan.

The Isuzu mu-X Monster took every challenge on the trail with aplomb

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia iaitu Hajime Machimura melahirkan rasa gembira ke atas kejayaan mu-X Monster dalam penampilan sulungnya di acara off-road tahunan tersebut. Sementara itu, tiga unit D-Max Monster turut berjaya menghabiskan cabaran tersebut tanpa sebarang masalah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara tahun ini merupakan tahun ke-10 berturut-turut di mana Isuzu menyertai Borneo Safari sebagai penaja utama.

 

Previous post

Ribuan Peminat Kunjungi Pameran Motosikal Boon Siew Honda

Next post

Engineering Explained Bercerita Tentang Active Body Control Mercedes-Benz

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *