KTM 390 Duke Semakin Mengancam
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2013, KTM 390 Duke kini hadir dengan pembaharuan menyeluruh yang merangkumi reka bentuk serta enjin dan casis yang dipertingkatkan.
Dipertunjukkan di EICMA Milan baru-baru ini, motosikal entry-level ini menampilkan rekaan fairing yang lebih tajam dan juga lampu depan LED ‘terbelah’ yang diperkenalkan melalui model 1290 Super Duke R dan 1290 Adventure R.
Motosikal ‘street’ itu juga mendapat kerangka baru yang memuatkan subframe baru serta tangki minyak 13.4 liter yang lebih besar dari sebelum ini. Suspensi hadapannya adalah jenis WP 43mm, manakala sistem brek hadapan pula terdiri dari cakera 320 mm dan angkup ByBre.
Walaupun enjinnya telah dipertingkatkan untuk memenuhi standard pelepasan Euro 4 yang ketat, penggunaan penukar bermangkin (catalytic converter) menyebabkan 390 Duke lebih berat dari model semasa dengan jumlah 149 kg.
Untuk aspek-aspek lain, 390 Duke juga dilengkapi dengan pendikit ride-by-wire, paparan warna TFT, ABS dan muffler ekzos di bahagian kanan motosikal.
No Comment