Motosikal / Skuter / Roda

Penunggang Motosikal 250cc Dijemput Sertai Yamaha MT-07 Moto Thrill Day

Adakah anda penunggang motosikal 250cc yang ingin beralih ke motosikal berkapasiti lebih tinggi? Sertailah program Yamaha MT-07  Moto Thrill Day yang akan berlangsung di Speedway Plus Circuit pada 27 November ini.

Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), program Moto Thrill Day diadakan untuk mengenengahkan model MT-07 serta memberi peserta peluang untuk mencuba motosikal tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jangan gusar kerana program ini bukan hanya untuk pemilik motosikal jenama Yamaha, malah kepada semua penunggang motosikal 250cc dan ke atas.

Tiada yuran yang dikenakan namun penyertaan adalah terhad. Borang boleh didapati di sini dan borang yang telah diisi hendaklah dihantar ke yamahafunride@yamaha-motor.com.my atau faks ke 03-6157 7002 untuk perhatian jawatankuasa Fun Ride.

Previous post

Ford Tayang Kereta Lumba Mustang GT4

Next post

Ada 'Kink' Dalam Setiap BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *