Perodua dan Nippon Paint Ceriakan Warga Tua dan Kanak-kanak Sempena Deepavali
Perodua dan Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini bekerjasama menceriakan rumah kanak-kanak dan warga tua di rumah kebajikan Kasih Sayang bersempena dengan sambutan Deepavali baru-baru ini.
Rumah itu yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat Perodua menempatkan 10 warga tua dan 13 orang kanak-kanak. Ia ditubuhkan pada 2003 oleh Ragunathan dan isterinya Malathy.
Perodua menyumbangkan makanan, pakaian, wang dan sukarelawan untuk persiapan bersempena dengan perayaan pesta cahaya itu manakala Nippon Paint pula menaja cat bernilai RM9,000. Pasangan itu menyewa sebuah rumah tingkat dengan kos RM1,500 sebulan dan dibantu oleh dua penjaga yang juga tinggal di alamat yang sama.
Selain itu, para sukarelawan Peroduajuga membantu menghias Pusat Jagaan Kanak-kanak Divine Life Society di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor bagi menyambut perayaan tersebut.
Pusat itu menempatkan 25 orang anak yatim berusia 5 hingga 18 tahun yang turut menerima tips mengenai kebersihan dari para sukarelawan. Sumbangan wang ringgit disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perodua Sales Sdn Bhd, Suresh Kumar.
No Comment