Ribuan Peminat Kunjungi Pameran Motosikal Boon Siew Honda
Boon Siew Honda baru-baru ini mempamerkan 17 buah motosikal premium selama dua hari di Berjaya Times Square.
Acara itu yang diadakan khas untuk peminat-peminat motosikal yang tidak dapat hadir ke MotoGP Malaysia yang berlangsung minggu lalu berjaya menarik ribuan pelawat.
Bergantung kepada jenis, motosikal-motosikal tersebut dipamerkan di tiga ruang berlainan iaitu Racing Zone, Dakar Zone dan Fun Zone.
Jentera-jentera berkuasa seperti RC213V, RC213V-S, CBR1000R, NSF250W (Moto3), CBR600RR (ARRC) dan CBR250R (ADC) diletakkan di Racing Zone, CRF100L (Africa Twin) dan CRF450 (Rally) di Dakar Zone, manakala empat buah motosikal MSX yang dimodifikasi dipamerkan di Fun Zone.
Sementara itu, model-model seperti CB650F, CB500X, CBR500R dan CBR250R juga sedia untuk ditempah di zon jualan.
Acara itu juga disertai oleh sebuah konvoi motosikal berkuasa tinggi Honda yang terdiri dari 40 orang penunggang yang mempromosikan program tersebut.
No Comment