Vespa Elettrica Muncul di EICMA
Bercakap tentang skuter, tiada jenama yang lebih dikenali dari Vespa. Jenama itu kini mempunyai lebih dari 18 juta unit skuter di seluruh dunia, di mana 1.5 juta daripadanya dijual dalam tempoh satu dekad.
Walaupun sudah cukup terkenal, Vespa terus komited dalam mencari penyelesaian mobiliti yang terbaik untuk pengguna. Buktinya, pengeluar dari Itali itu memperkenalkan skuter elektrik pertama mereka iaitu Vespa Elettrica di pertunjukan motosikal EICMA yang berlangsung di Milan.
Namun begitu, Elettrica masih di tahap konsep dan belum sedia untuk pengeluaran. Vespa berkata ia sedang dalam usaha untuk mencari rakan kongsi yang mempunyai kepakaran dalam bidang rangkaian kuasa elektrik bagi membangunkan skuter tersebut.
Menurut Vespa lagi, pengeluaran dan penjualan Elettrica dijangka bermula dari separuh kedua 2017. Skuter tersebut dikatakan akan mengekalkan ciri-ciri unik Vespa iaitu gaya dan keseronokan menunggang, ditambah dengan teknologi terkini bagi kemudahan pengguna.
No Comment