Volkswagen Group Masih Hidup & Berkembang
Setahun yang lalu, Volkswagen Group terjunam masuk ke dalam krisis perniagaan yang paling teruk dalam sejarah selepas pendedahan ia melanggar peraturan alam sekitar dengan menipu keputusan ujian pelepasan berjuta-juta kereta diesel mereka.
Dakwaan itu mencerminkan syarikat itu sebagai memaparkan keuntungan sebelum kesihatan awam, dan kejatuhan mereka kerana itu adalah pantas dan kasar. Selepas beberapa hari kegawatan, termasuk video memohon maafnya yang agak janggal, Ketua Pegawai Eksekutif Martin Winterkorn meletak jawatan. Nilai VW jatuh sebanyak 29 bilion euro (USD32.6 bilion), kerana siasatan jenayah dan peraturan keatas mereka di seluruh dunia.
TE-TA-PI ….. Walaupun usaha-usaha pemulihan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif baru Matthias Mueller tidak sentiasa lancar, pembuat itu telah menunjukkan daya tahan yang mengejutkan. Harga saham telah meningkat balik 40% dari yang paling rendah pada bulan Oktober, pengguna masih membeli kereta VW, kewangan yang utuh, dan syarikat itu akan melabur pada masa akan datang walaupun ia menyerap hampir 18 bilion euro dengan denda dan kos pembersihan.
No Comment