Berita Auto

3M Malaysia Lancar Pelekat Pemantul Cahaya Diamond Grade (DG3)

3M Malaysia hari ini melancarkan produk terbaru mereka iaitu 3M Diamond Grade (DG3), selaras dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mewajibkan semua kenderaan perdagangan menggunakan pelekat pemantul cahaya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan perdaganan, JPJ telah mewajibkan semua kenderaan perdagangan untuk menggunakan pelekat pemantul cahaya yang diiktiraf oleh SIRIM yang mematuhi piawaian Malaysian Standard (MS 828:2011) bermula dari 1 Januari 2017.

Langkah ini penting untuk mengurangkan jumlah kematian yang disebabkan kemalangan jalan raya. Pada waktu malam, mata hanya menerima 5% daripada maklumat yang kita lihat pada waktu siang, menunjukkan betapa pentingnya kebolehlihatan kenderaan pada waktu malam.

Pelekat Diamond Grade (DG3) menampilkan teknologi kiub sepenuhnya dengan optik yang berkesan dalam memberikan tanda yang lebih terang berbanding pelekat pemantul cahaya yang tidak mematuhi piawaian.

3M 04

Penanda kenderaan ini dibuat dengan kemasan yang kukuh supaya dapat dilekatkan dengan mudah pada permukaan yang licin dan rata. Ia direka untuk tahan lasak dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi supaya dapat bertahan dengan keadaan iklim negara ini.

Tiong Nam Logistics Holdings Berhad menjadi di antara syarikat pertama yang memberi jaminan untuk melengkapkan semua kenderaan perdagangannya dengan pelekat pemantul cahaya yang mematuhi peraturan JPJ. “Dengan barisan lebih 2,000 trak, Tiong Nam komited untuk memastikan budaya kecemerlangan perkhidmatannya dengan mematuhi peraturan baru, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggannya,” kata Ong Yoong Nyock, Pengarah Urusan Tiong Nam Logistics.

Dengan tarikh penguatkuasaan yang semakin hampir, pengguna kini boleh membeli pelekat pemantul cahaya 3M dari pengedar berdaftar dan wakil jualan mereka. Mulai Januari 2017, pelekat 3M Diamond Grade (DG3) boleh dibeli di pusat Puspakom utama di seluruh negara.

Harga yang ditawarkan bagi produk standard adalah di antara RM60-70. Harga yang lebih rendah boleh didapati dengan pembelian pukal.

Previous post

Honda MSX 125 Masuk Pasaran Malaysia

Next post

CEO Mazda Mengesahkan Pesaraan RX-7

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *