Berita Auto

Audi Bolot Gelaran Juara Sepang 12 Hours

Laurens Vanthoor, Christopher Haase dan Robin Frijns dari Audi Sport Team Pheonix telah memenangi perlumbaan Sepang 12 Hours. Kemenangan itu melengkapkan hujung minggu yang penuh gemilang buat Audi, yang juga mendapat tempat ketiga melalui Rene Rast, Markus Winkelhock and Pierre Kaffer.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kejayaan itu juga membolehkan Vanthoor merangkul kejuaraan pemandu International GT Challenge dan Audi memenangi gelaran bagi pengeluar. Perlumbaan GT3 peringkat global itu merangkumi tiga pusingan iaitu Bathurst 12 Hours, 24 Hours of Spa dan pusingan terakhir iaitu Sepang 12 Hours.

????????????????????

Walaupun berjaya layak di tempat keenam, pasukan itu yang dengan kereta nombor 15 terpaksa bermula dari petak terakhir setelah mengalamai masalah teknikal sebelum perlumbaan bermula. Namun, pasukan tersebut tidak patah semangat dan berjaya memanjat 20 tempat dalam masa satu jam setengah.

Hujan mula turun selepas lima jam perlumbaan berlangsung, namun pada masa itu, pasukan tersebut telah berjaya mendahului perlumbaan manakala kereta nombor 16 yang dipandu Rast, WinkelHock dan Kaffer berada di tempat kedua.

????????????????????

Vanthoor, Haase dan Frijns akhirnya berjaya menamatkan saingan selepas melengkapkan 305 pusingan, lebih satu dari pemenang tempat kedua. Audi gagal mendapat kemenangan 1-2 apabila Rast, Winkelhock dan Kaffer berjaya dikejar oleh pelumba-pelumba lain selepas ‘safety car’ dimasukkan.

????????????????????

Selain itu, pasukan B-Quik Racing yang terdiri dari Henk Kiks, Peter Kox dan juara Audi R8 LMS Cup Masters iaitu Daniel Bilski pula berjaya membawa pulang gelaran bagi kelas GTC.

 

Previous post

10% Cukai Ke Atas Kereta Mewah di China ... ..Adakah Itu Akan Mengubahkan Apa-Apa?

Next post

Subaru Impreza Menang Kereta Tahunan Jepun 2016-2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *