Bentley Continental GT V8 S Black Edition
Bentley telah memperkenalkan Continental GT V8 S Black Edition, yang boleh didapati dalam bentuk coupe dan convertible.
Sesuai dengan namanya, model ini membawakan pelbagai elemen dalam warna hitam berkilat termasuk kemasan keliling tingkap, bahagian bawah bampar, hendal pintu, bezel lampu hadapan, gril hadapan serta rim 21 inci. Imej ini dilengkapkan dengan lampu hadapan dan belakang yang digelapkan.
Pelanggan juga boleh memilih kit badan yang ditawarkan dalam empat pilihan warna kontras iaitu Beluga, St James’ Red, Hallmark atau Cyber Yellow. Angkup brek juga boleh diwarnakan hitam atau merah mengikut pilihan pembeli.
Kabin Continental GT V8 S Black Edition juga diberi peningkatan yang sama dengan tempat duduk GT Design dari Mulliner dan kemasan warna yang sama dengan kit badan.
Dari aspek kuasa, tiada perubahan. Model ini mendapat 520 hp dan 680 Nm dari enjin 4.0 liter V8 twin-turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
No Comment