Berita Auto

Citroen C3 WRC Sedia Beraksi

Citroen, salah satu gergasi dalam sukan rali, bakal menyertai World Rally Championship (WRC) musim 2017 dengan jentera terbaru mereka iaitu C3 WRC. Ia kelihatan lebih ganas dari versi konsep yang didedahkan pada September lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jentera ini dikuasakan oleh pengecas turbo 1.6 liter empat silinder yang kini menghamburkan 380 hp, hasil dari penggunaan penghad turbo yang lebih besar selari dengan peraturan baru bagi musim hadapan.

citroen-c3-wrc-unveiled-6

Dengan boost yang ditetapkan pada tahap 2.5 bar, C3 WRC menjana tork sebanyak 400 Nm yang disalurkan ke gandar depan dan belakang menerusi transmisi sequential enam kelajuan.

citroen-c3-wrc-unveiled-5

C3 WRC juga menampilkan hydraulic differential, sejenis komponen yang membolehkan tayar depan dan belakang berpusing pada kelajuan berbeza untuk lebih kestabilan.

citroen-c3-wrc-unveiled-3

Selain dari kit badan termasuk diffuser dan spoiler yang menonjol, peraturan baru juga membolehkan Citroen untuk melebarkan jentera mereka sehingga 1,875 mm. Kerangka belakang diubah suai bagi memuatkan roll cage, terowong transmisi dan subframe.

citroen-c3-wrc-unveiled-8

Jentera ini juga amat ringan, dengan jumlah berat 1,350 kg termasuk pemandu dan pembantu. Bercakap mengenai pemandu, pasangan utama yang akan mengetuai saingan Citroen dalam WRC kali ini adalah Kris Meeke dan Paul Nagle, disokong oleh Craig Breen dan Scott Martin.

 

 

Previous post

Toyota Corolla Akan Dikuasai Enjin BMW

Next post

Robert Bosch Membayar Denda Yang Besar Bersama VW Group

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *