Berita Auto

Continental Tyre Malaysia Jalin Kerjasama Dengan ASEAN NCAP di Kempen ‘Stop the Crash 2016’

Continental Tyre & Automotive Malaysia telah bekerjasama dengan MIROS dan ASEAN ANCAP bagi mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pemanduan selamat ketika kempen ‘Stop the Crash’ yang berlangsung dari 29 hingga 30 November baru-baru ini di litar Sepang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai bersama-sama dengan Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Khairil Anwar, Setiausaha Agung Global NCAP, David Ward dan Timbalan Ketua MIROS dan Pengerusi ANCAP, Prof. Wong Shaw Voon.

Continental Tyre menyertai kempen tersebut untuk mempromosikan pemanduan yang selamat melalui tekanan tayar yang betul serta penggunaan teknologi Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control, ESC).

IMG_0910

Stesen pemeriksaan tekanan tayar bermula di Paddock 1 di mana orang awam diminta untuk membezakan antara tayar dengan tekanan angin yang betul dan tayar dengan kurang tekanan. Dari situ, peserta merasai pengalaman menaiki dua buah BMW 320i yang dipasang tayar Continental – satu dengan tekanan angin yang tepat iaitu 2.4 bar dan satu dengan tekanan angin 1.4 bar sahaja.

Continental Tyre Malaysia merupakan satu-satunya pembekal tayar yang terlibat dengan kempen ‘Stop the Crash’ tersebut. Stesennya turut dilawati oleh Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Cameron Wilson dan Pengurus Akaun Serantau ASEAN & India OE PLT, Tarik Goerguen.

IMG_0507

Sebagai sebuah syarikat dan jenama yang bangga dalam menyediakan tayar yang mengutamakan keselamatan, ia juga satu kewajipan bagi kami untuk bekerjasama dengan ASEAN NCAP dalam membawakan lebih kesedaran tentang pemeriksaan tayar yang betul kerana sedikit kecuan boleh membawa padah,” kata Wilson.

 

Previous post

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Umum Pelantikan Pengarah Urusan Baru

Next post

Toyota Corolla Altis Facelift Lebih Menggoda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *