Gaya Hidup / Lifestyle

Ford Dan SDAC Raikan Akhir Tahun Dan Tahun Baru Cina

Demi menggalakkan pemanduan yang selamat semasa musim perayaan, Ford dan pengedar tempatan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) meraikan cuti akhir tahun dan  Tahun Baru Cina Tahun Ayam dengan pakej selepas jualan menarik dan servis percuma untuk model Ford tertentu, yang boleh didapati di seluruh negara mulai hari ini sehingga 31 Januari 2017.

ford-chinese-new-year-service-campaign

Diskaun sehingga 20 peratus yang ditawarkan pada alat ganti tertentu, termasuk pakej brek dan timing belt, diskaun buruh 10 peratus ke atas pakej pelincir, brek dan timing belt, manakala mereka yang memilih ‘Fuel Saver Package’ boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak .

 

GoodYear-GY_Duraplus_640x98d

Untuk ketenangan jiwa, pelanggan juga boleh memilih untuk pemeriksaan kesihatan kenderaan 27 point percuma oleh juruteknik bertauliah Ford  untuk memastikan perjalanan hassel-free musim perayaan ini.

Poster [20"W x 30"H]

Pelanggan yang berbelanja RM350 atau lebih untuk servis dan / atau alat ganti di pusat servis Ford yang diberi kuasa akan menerima barangan eksklusif Ford. Semua pelanggan walk-in akan menerima paket Lucky Ford.

Untuk keterangan lanjut layari http://www.ford.com.my/aftersalespromotion atau kunjungi Ford dealer hari ini..

Previous post

Inilah Supercar 771bhp Mazzanti Evantra

Next post

Nasim Pamer Peugeot 208 dan 2008 PureTech di Queensbay Mall

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *