Berita Auto

Honda Odyssey Generasi Kelima ke Detroit Auto Show

Honda Odyssey 2018 bakal membuat penampilan sulungnya di Detroit Auto Show pada Januari ini. Model generasi kelima itu telah direka semula sepenuhnya dan dilengkapi dengan teknologi powertrain terkini serta pelbagai ciri inovatif, menjadikannya kenderaan mesra keluarga.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lakaran awal yang diberi menunjukkan bentuk badan Odyssey yang tampak rendah dan lebar, tidak ubah seperti model pasaran Jepun (RB2 dan RB3) yang tidak dijual di Amerika Syarikat.

Juga boleh dilihat adalah rekaan garis bumbung yang ‘ditarik’ ke belakang serta rekaan tiang D yang unik. Di bahagian belakang, MPV ini mempunyai lampu berbentuk ‘C’ yang bersambung dengan kemasan krom di bahagian tengah.

Honda telah menjual sebanyak 2.5 juta unit Odyssey sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada 1994. Ia juga minivan yang popular dengan pembeli berusia bawah 35 tahun setiap tahun sejak 2010.

 

Previous post

Naza World Sekarang Ada Call Centre

Next post

Juara Le Mans Ford GT dan GT40 Kini Dalam Bentuk LEGO

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *