Kalendar Audi R8 LMS Cup Musim 2017 Diumumkan
Kejohanan Audi R8 LMS Cup bagi musim 2017 bakal menyaksikan 10 perlumbaan di lima lokasi, termasuk penampilan sulung di litar Suzuka di Jepun.
Selain itu, kalendar musim 2017 juga disusun bagi memberi peluang kepada pasukan untuk menyertai siri GT lain di rantau ini seperti Siri Blancpain GT Asia yang mempunyai laluan perjalanan yang hampir sama. Kos tambahan yang terkumpul akan disubsidi sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, pemenang kelas Amatur juga akan menyertai perlumbaan Total 24 Hours of Spa bagi musim 2018.
Antara perubahan yang bakal dibawa ke musim hadapan adalah ciri ‘push-to-pass’ yang memberikan pelumba kategori amatur dua kali ganda bilangan ‘boost’ enjin berbanding pelumba profesional. Bilangan ‘push-to-pass’ yang tinggal akan dipaparkan di skrin LED pada cermin sisi kereta.
Bagi memberi peluang kepada peserta untuk berlatih bagi menghadapi musim baru, Audi akan mengadakan tiga sesi ujian pra-musim di litar Sepang. Dua sesi pertama akan diadakan pada Januari dan Februari, manakala sesi terakhir iaitu sesi ujian rasmi pula akan diadakan pada April sebelum kejohanan bermula.
Kalendar Audi R8 LMS Cup 2017
Ujian Rasmi / April / Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
Pusingan 1&2 / 6-7 Mei / Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia
Pusingan 3&4 / 10-11 Jun / Litar Antarabangsa Suzuka, Japan
Pusingan 5&6 / Ogos / Korea – Akan diumumkan kemudian
Pusingan 7&8 / 9-10 September / Litar Antarabangsa Audi Shanghai, China
Pusingan 9&10 / 20-21 Oktober / Litar Antarabangsa Zhejiang, China
No Comment