Kereta Lumba Shelby FP350S dari Ford Performance
Jelas sekali apa yang anda lihat bukanlah sebuah Mustang biasa. Ini adalah kereta lumba Shelby FP350S yang dibangunkan khas oleh Ford Performance untuk acara-acara seperti Trans Am (TA3 dan TA4), NASA and SCCA Club Racing (T1 dan T2).
Ia adalah tawaran terkini dari Ford Performance yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kereta-kereta lumba seperti FR500C, BOSS 302R dan 302S, serta juara IMSA Continental Tire SportsCar Challenge iaitu Shelby GT350R-C dan GT4.
Shelby FP350S menampilkan enjin 5.2 liter V8 yang dipertingkatkan dengan oil pan dan oil cooler berprestasi tinggi. Enjin itu dipadankan degan transmisi manual Tremec 3160 dengan pam minyak terbina, shifter dan nisbah pacuan belakang akhir 3.73.
Selain itu, ia turut menampilkan beberapa komponen lumba seperti ekzos, suspensi, brek berprestasi tinggi,spoiler gentian karbon boleh ubah, sangkar perlindungan FIA, kerusi Sparco serta sistem data MOTEC.
No Comment