Berita Auto

Lamborghini Aventador S Diperkenalkan

Seperti model flagship yang terdahulu seperti Miura dan Countach, Lamborghini Aventador juga kini boleh didapati dalam versi ‘S’ yang secara asasnya lebih laju dan canggih berbanding Aventador versi LP700-4.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertama sekali, Aventador S mempunyai kuasa yang setanding dengan Aventador SV. Enjin 6.5 liter V12 milik model itu ditala bagi menghasilkan 740 hp dan 690 Nm pada 5,500 rpm, manakala rev puncak dinaikkan dari 8,350 ke 8,500 rpm.

lamborghini-aventador-s-09-1

Dengan transmisi tujuh kelajuan, supercar ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 350 km/j. Sistem ekzosnya juga 20 peratus lebih ringan berbanding sebelum ini bagi menghasilkan ngauman yang lebih garang.

Aventador S juga menjadi Lamborghini siri pengeluaran pertama yang menampilkan ciri kawalan stereng empat roda. Ia merangkumi ciri Lamborghini Dynamic Steering (LDS) pada gandar depan, dan dua penggerak berasingan yang mampu bertindak dalam lima milisaat pada gandar belakang.

lamborghini-aventador-s-16-1

Pada kelajuan rendah, tayar belakang berpusing dalam arah bertentangan dengan sudut stereng untuk pengemudian yang mudah, manakala pada kelajuan tinggi, tayar belakang berpusing mengikut sudut stereng bagi menjaga kestabilan kenderaan.

Selain itu, Aventador S juga mendapat suspensi baharu, peredam boleh ubah, spring belakang baharu serta ESC yang dipertingkatkan – kesemuanya bagi memenuhi keperluan sistem stereng empat roda tersebut.

lamborghini-aventador-s-11-1

Ia didatangkan dengan empat mod pemanduan; Strada untuk keselesaan maksimum, Sport untuk pemanduan pacuan roda belakang, Corsa untuk kegunaan litar serta Ego untuk tetapan secara individu.

Dari aspek luaran, Aventador S menampilkan rekaan segar yang lebih dari sekadar facelift, dengan downforce hadapan yang meningkat lebih 130 peratus berbanding model sebelum ini. Jumlah itu meningkat lebih 50 peratus dengan spoiler pada kedudukan paling optimum, dan lebih 400 peratus dalam mod drag rendah.

lamborghini-aventador-s-04-1

Bahagian kabinnya pula menampilkan skrin TFT baharu yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa pemandu, serta ciri Apple CarPlay. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan sistem telemetri bagi mendapatkan data seperti masa pusingan dan prestasi di litar.

 

 

 

 

 

Previous post

Kalendar Audi R8 LMS Cup Musim 2017 Diumumkan

Next post

Kenapa & Bagaimana Diesel B10 Akan Menjadi Sebahagian Daripada Kehidupan Kita

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *