Malaysia Wajibkan ESC Bagi Kenderaan Baharu Pada 2018
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan rancangan untuk mewajibkan ciri kawalan kestabilan elektronik atau Electronic Stability Control (ESC) pada semua kenderaan baharu menjelang Jun 2018.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan semasa pelancaran majlis Stop the Crash ASEAN yang bertempat di Litar Antarabangsa Sepang.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai berkata,”Kami berbangga dengan kerajaan Malaysia yang mengambil langkah penting dalam keselamatan jalan raya serta menjadi negara ASEAN pertama untuk mewajibkan ESC.”
Setiausaha Agung Global NCAP, David Ward mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana mengambil langkah tersebut. “Global NCAP mengalu-alukan pengumuman ini. Tahun ini, Perhimpunan Agung PBB mencadangkan agar negara menggubal undang-undang bagi memperkenalkan teknologi Stop the Crash dan Malaysia telah menyahut seruan dan kami mengucapkan tahniah kepada mereka.”
Pengarah MIROS serta Pengerusi ASEAN NCAP, Professor Wong Shaw Voon pula berkata,”ESC akan menyelamatkan beribu-ribu nyawa di Malaysia. MIROS dan ASEAN NCAP menggesa negara-negara lain di rantau ini untuk mengikut jejak langkah Malaysia dan memberi mandat kepada teknologi ini.”
No Comment