McLaren Hasilkan 10,000 Kenderaan Dalam Masa 5 Tahun
McLaren Automotive telah menyiapkan keretanya yang ke-10,000, hanya lima tahun selepas kembali ke pasaran dengan model MP4-12C.
Lebih menarik, syarikat itu mengambil masa 42 bulan untuk memasang 5,000 kereta pertama, namun hanya memerlukan jangka masa 22 bulan untuk mencapai angka 10,000. Antara punca peningkatan tersebut ialah pengenalan barisan model Sports Series yang terdiri dari 540C, 570S dan 570GT.
Maka tidak hairanlah jika unit yang ke-10,000 ini merupakan sebuah 570S yang didatangkan dalam warna Ceramic Grey yang boleh dipesan khas menerusi McLaren Special Operations (MSO).
Awal tahun ini, shift kedua telah diperkenalkan di kilang pengeluaran McLaren bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Hasil dari itu, kapasiti pemasangan meningkat dari 10 ke 20 buah kenderaan dalam satu hari.
McLaren juga kian hampir menggandakan rekod jualannya pada tahun ini dengan lebih 3,000 unit berbanding 1,654 unit pada tahun 2015. 90 peratus dari jumlah itu adalah untuk pasaran eksport.
No Comment