Berita Auto

Pemenang Promosi Global Shell Rimula Ikuti Cabaran Memandu di Cape Town

Bagi pelanggan minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula, promosi global tahunan merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana para pemenang akan berpeluang mendapat pengalaman bercutike destinasi menarik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tahun ini, lapan pemenang bertuah dari Malaysia yang memenangi hadiah utama Promosi Global Shell Rimula bakal ke Cape Town, Afrika Selatan, di mana mereka berpeluang mengambil bahagian dalam cabaran pemanduan, melawat safari dan menikmati pemandangan indah bandar di tepi laut itu.

Pasukan dari 21 negara – diwakili oleh lebih 150 peserta – bertanding untuk menjadi juara Shell Rimula Expedition Challenge Day. Acara empat hari itu menguji kemahiran penyelesaian masalah dan pemanduan mereka dalam siri cabaran yang melibatkan kenderaan tugas berat.

Song Mee Shan (left) enjoyed the sand dunes-driving the most

Pasukan-pasukan tersebut menyaksikan teknologi termaju Dynamic Protection Plus Shell Rimula beraksi, dengan kembalinya Zon Teknologi Shell Rimula – yang memberikan mereka peluang unik dan interaktif untuk memahami teknologi ini secara langsung.

Bagi dua wanita dalam pasukan Malaysia, Song Mee Shan dari Mukah, Sarawak dan Siti Rozita Jamalludin dari Rawang, Selangor, lawatan tersebut merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

The Malaysian contingent in South Africa_2

“Lawatan tersebut begitu unik kerana program itu disesuaikan dengan cara yang hanya Shell boleh melakukannya. Cabaran pemanduan, khususnya, amat menyeronokkan, lebih-lebih lagi di bukit pasir,” kata Song, di mana syarikatnya merupakan pelanggan Shell Rimula sejak 18 tahun yang lalu.

Sementara itu, Shell meneruskan kepimpinannya dalam pasaran pelincir di Malaysia dalam tahun 2015, menurut laporan Kline & Company’s Global Lubricants Industry: Market Analysis and Assessment 2016 yang diterbitkan baru-baru ini.

Malaysia merupakan antara 3 pasaran teratas bagi perniagaan global Shell Lubricants

Previous post

PROTON Saga Menang Anugerah "Value-For-Money Car' Di Malaysia Car Of The Year Award 2016

Next post

Toyota Classics Dekati Belia Dengan Sumbangan RM380,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *