Perlumbaan Pertama Lamborghini World Final di Valencia Milik Postiglione
Pusingan World Final bagi kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo telah mula berlangsung di litar Ricardo Tormo, Valencia. Tumpuan utama bagi pusingan tersebut tentulah pada sesi kelayakan dan dua perlumbaan pertama.
Pemandu kelahiran Itali iaitu Vito Postiglione tiada masalah meninggalkan lawannya sama ada dalam kelas PRO atau PRO-AM. Pemandu pasukan Imperiale Racing itu berjaya memotong musuh tradisinya termasuk Dennis Lind dari Raton Racing dan Richard Antinucci dari Change Racing.
Penunggang MotoGP iaitu Andrea Dovizioso menghabiskan sesi kelayakan tidak jauh dari kedudukan podium. Pelumba Ducati itu akan bermula dari tempat kesembilan dari 25 jumlah keseluruhan pelumba.
Dalam kelas AM, tempat pertama dirangkul oleh pemandu Switzerland, Adrian Amstutz. Pecutan yang baik pada awal perlumbaan menyaksikan pelumba itu melonjak sebanyak tiga kedudukan untuk berada di tempat kedua, sebelum mendahului perlumbaan tidak lama kemudian.
Pemandu dari Bonaldi Motorsport itu menamatkan perlumbaan di hadapan Nouri Shahin (Leipert Motorsport) dan Shota Abkhazava (Artline Team Georgia).
Kejayaan dalam Piala Lamborghini pula berpihak kepada Ross Chouest yang mewakili DXDT Racing. Beliau ditemani oleh Gerard Van der Horst dan William Van Deyzen, kedua-dua dari Van der Horst Motorsport.
No Comment