Gaya Hidup / Lifestyle

Perodua ECO Challenge Kembali Dengan Potensi Nilai Komersial

Perodua ECO Challenge 2017 (PEC 2017), salah satu program Tanggungjawab Korporat utama Perodua, kembali dengan jemputan ke institusi pengajian tinggi untuk mencadangkan komponen terbaik inovatif yang mungkin dimasukkan dalam model masa depan.

Dilancarkan pada tahun 2009, ECO Challenge Perodua menawarkan pelajar dan ahli fakulti daripada institusi-institusi pengajian tinggi saluran untuk menunjukkan kreativiti mereka dari segi reka bentuk, kejuruteraan dan kehebatan perniagaan menandingi rakan-rakan mereka daripada institusi yang lain.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Between 2009 and 2013 the Perodua ECO Challenge was focused on redesigning of existing Perodua models, then to building up a new car and marketing them with fuel efficiency as the main objective for the participating institutions of higher learning. Typically, the theme of the PEC during this time was more distance-race oriented.

Antara 2009 dan 2013 Perodua ECO Challenge  telah memberi tumpuan kepada mereka bentuk semula model Perodua yang sedia ada kepada membina sebuah kereta baru dan memasarkannya dengan kecekapan bahan api sebagai objektif utama bagi institusi pengajian tinggi. Biasanya, tema PEC pada adalah lebih berorientasikan jarak perlumbaan.

Untuk 2017, institusi pengajian tinggi akan memberi tumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan mereka akan bekerjasama rapat dengan pasukan R & D Perodua  dan juga vendor Perodua untuk menghasilkan komponen prototaip dengan lebih banyak tema bahagian pembangunan ke dalam cabaran.

Sebanyak 21 institusi pengajian tinggi telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Perodua Eco Challenge pada November 2017 di mana 10 dipilih hari ini untuk bersaing dalam PEC 2017.

Perodua telah memberikan seed grant kecil untuk membangunkan idea-idea untuk institusi2 dan pada April 2017, 10 institusi ini akan bekerjasama dengan Perodua R & D dan juga pembekal untuk menghasilkan prototaip untuk penilaian akhir.

perodua-2

Peranan Perodua R & D dan vendor adalah untuk memberi  nasihat dan didikan kepada institusi pengajian tinggi tentang kepentingan budaya kerja yang betul, prosedur dan proses.

Apabila prototaip itu siap, komponennya akan dikaji semula oleh sepasukan hakim pada Disember 2017. Markah akan diberi secara peringkat, di mana institusi akan dinilai berdasarkan kemajuan mereka dan penyertaan pasukan.

 

Previous post

BMW Mengembangkan Barisan Kereta i

Next post

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Umum Pelantikan Pengarah Urusan Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *