Berita Auto

Siang Malam Travel & Express Sdn Bhd Operator Pertama Scania Marcopolo

Siang Malam Travel & Express Sdn Bhd merupakan syarikat pertama di Malaysia yang membeli dan memiliki bas persiaran premium Scania Marcopolo dan kini membuat keputusan untuk mendapatkan dua unit lagi bagi perkhidmatan pelancongan dan sewa khas yang disediakan.

“Kami cukup yakin untuk menjadi syarikat pertama yang membeli dan mencuba kemampuan bas persiaran premium Scania Marcopolo ketika ia mula-mula dilancarkan. Kemudian, kami melabur untuk memiliki dua unit lagi agar kami dapat terus bersaing dan kekal sebagai peneraju pasaran kerana ia pastinya akan mempertingkatkan tahap perkhidmatan bas persiaran ke peringkat baru,” ujar Pengarah Urusan Siang Malam, En. Kee Kim Yong.

“Dari segi keselesaan penumpang dan kecekapan operasi, kami mendapati bahawa Scania Marcopolo merupakan kenderaan yang perlu kami miliki kerana ia mendapat maklumbalas yang amat baik daripada para penumpang terutamanya dari segi keselesaan dan keselamatan, serta juga kadar pengunaan bahan api ekonomi,” ujar Kee selanjutnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami berasa amat teruja untuk terus membekalkan lebih banyak Scania Marcopolo kepada Siang Malam yang dibiayai oleh Scania Credit,” ujar Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan bagi Scania Asia Tenggara.  “Apabila ia melibatkan keperluan pengangkutan, pelanggan kami sentiasa mencari penyelesaian yang lengkap dan sempurna.  Bas persiaran premium ini dilengkapi dengan bahan pembinaan luaran dan dalaman berkualiti tinggi, disempurnakan dengan prestasi keselamatan yang mantap serta tahap keselesaan yang unggul, semuanya demi memenuhi kehendak pelanggan.

Pelanggan boleh membuat tempahan, menyelenggara serta menguruskan Scania Marcopolo mereka melalui satu pusat perkhidmatan setempat sahaja – iaitu Scania Malaysia. Bas persiaran ini direka untuk memastikan proses tempahan, pemilikan dan pengurusannya dijalankan dengan lebih produktif untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin. Ini menjanjikan masa operasi lebih panjang oleh kerana tempoh penyelenggaran menyeluruh yang lebih pantas.

Ia turut menawarkan para pengendali penyelesaian lengkap dengan tempoh masa yang pendek untuk penghantaran, kerana badan bas persiaran yang berkualiti tinggi dan menawan ini telah siap dipasang terlebih dahulu lantas memberikan masa beroperasi yang lebih panjang serta tempoh penyelenggaran yang lebih pendek.

Reka bentuk monocoque juga menjadikan badan bas persiaran ini lebih ringan dan kukuh, memberikan ruang simpanan bagasi lebih luas serta menjimatkan pengunaan bahan api lantas meningkatkan keuntungan.

Screen Shot 2016-12-07 at 4.05.51 PM

Keselesaan tiada tandingan bagi para penumpang dan pemandu

Scania Marcopolo merupakan bas persiaran mewah kelas pertama, yang dilengkapi dengan kemasan luaran dan dalaman berkualiti tinggi yang mampu mengurangkan pencemaran bunyi serta sistem suspensi angin sepenuhnya. Ciri-ciri ini digabungkan bersama untuk membekal dan memastikan perjalanan yang selesa dan selamat untuk semua penumpang.

Bagi pemandu pula, Scania Marcopolo menawarkan stereng boleh laras serta pedal minyak tergantung di mana ia memberikan keupayaan egronomik serta tahap keselesaan yang lebih baik; seumpama memandu sebuah kereta.  Enjin berkuasa memberikan keupayaan tork yang tinggi pada revs rendah, langsung menjana tahap pemanduan yang lebih baik dan kecekapan pengunaan bahan api yang lebih ekonomik.  Manakala pengunaan sistem penukaran gear Scania Opticruise yang terbaik dalam kelasnya mengurangkan kadar kehausan klac dan synchromesh.

Casis bas persiaran Scania didatangkan bersama pakej percuma selama 2 tahun untuk perkhidmatan Scania Assistance dan Scania Maintenance dan 10 tahun untuk Scania Fleet Management.

Screen Shot 2016-12-07 at 4.06.08 PM

Pengendalian terbaik untuk keuntungan maksima

Scania Fleet Management merupakan satu set perkhidmatan yang menghubungkan kenderaan dengan pejabat pelanggan melalui satu peranti komunikasi.  Pelanggan Scania akan menerima data kenderaan, kedudukan rangkaian kenderaan dan memantau prestasi pemandu.  Hanya dengan menumpukan kepada maklumat yang diberikan ini sahaja sudah mencukupi untuk membolehkan pelanggan Scania membuat sebarang keputusan secara ilmiah dan mengambil tindakan yang perlu untuk mempertingkatkan produktiviti rangkaian kenderaan mereka.

Ia berupaya memberikan penjimatan yang hebat – pelanggan boleh membuat keputusan untuk mengurangkan pengunaan bahan api, mengenal pasti kenderaan yang di pandu tidak mengikut standard pemanduan dan menyokong sistem perancangan penyelenggaran yang akan membantu mengurangkan masa tidak beroperasi. Gabungan kedua-dua prestasi kenderaan dan pemandu ini mampu menjimatkan sehingga 10% (atau lebih lagi) pengunaan bahan api sekiranya sistem ini digunakan bersama-sama dengan perkhidmatan Scania Driver Training and Coaching.

Penyelesaian pengangkutan yang mampan

“Kami yahkin bahawa nilai sebenar Scania Marcopolo terletak pada ketelitian dalam pembinaannya serta perkhidmatan lengkap dan menyeluruh yang menyokong sistem operasinya.  Semua ini kami lakukan dengan matlamat untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang; berteraskan kepada memberikan pulangan keuntungan yang terbaik kepada pelanggan kami,” ujar Enström.

Screen Shot 2016-12-07 at 4.06.27 PM

 

Previous post

Volkswagen Malaysia Beri Jaminan Lanjutan DSG Selama 2 Tahun

Next post

DNC Asiatic Holdings Dilantik Pengedar MV Agusta di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *