Siri TCR China 2017 Bakal Saji 2 Perlumbaan Sengit
Sama seperti Siri TCR Thailand, Siri TCR China yang diperkenalkan bagi musim 2017 baru-baru ini bakal menyaksikan dua perlumbaan diadakan di negara itu di bawah payung Siri TCR Asia.
“Ini membuktikan yang konsep kejohanan kebangsaan seperti di China dan Thailand boleh menyaingi kejohanan di peringkat serantau,” kata promoter Siri TCR Asia, David Sonenscher.
Sebagai bonus tambahan, para peserta Siri TCR Asia dan TCR China juga akan menyertai perlumbaan jemputan di Litar Guia di Macau pada pertengahan November.
Menurut jadual yang telah diumumkan, penutup musim akan diadakan di Shanghai pada 26 – 27 Ogos.
No Comment