Gaya Hidup / Lifestyle

Toyota Classics Dekati Belia Dengan Sumbangan RM380,000

UMW Toyota Motor baru-baru ini menganjurkan persembahan Toyota Classics pada 2 November 2016 di Dewa Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur, selari dengan tradisinya dalam membawa pemusik bertaraf dunia ke negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Persembahan tahun ini menampilkan Baltic Neopolis Orchestra dari Poland yang dibimbing oleh pengarah dan pemain violin, Vasko Vassilev, bersama-sama dengan pemain piano dan komposer Pamela Tan Nicholson.

Dimulakan sebagai cara unik untuk mengumpul dana bagi golongan kurang bernasib baik, acara itu telah berkembang menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik yang ingin menyumbang sambil beramal.

????????

Syarikat itu mengumumkan bahawa hasil kutipan dari jualan tiket dan derma korporat tahun ini berjumlah lebih dari RM380,000, lebih tinggi dari sasaran awal.

Hasil kutipan tersebut didermakan kepada dua organisasi dengan agenda masing-masing. Penerima pertama iaitu Fakulti Musik UiTM akan menjalankan projek penyelidikan untuk mencipta, memelihara dan memulihara buluh sebagai alat muzik, manakala penerima kedua iaitu Youth Trust Fund akan menyalurkan dana tersebut kepada projek yang terpilih.

Previous post

Pemenang Promosi Global Shell Rimula Ikuti Cabaran Memandu di Cape Town

Next post

Keputusan Recall Global Takata

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *