Volkswagen Malaysia Beri Jaminan Lanjutan DSG Selama 2 Tahun
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan program “VPCM Customer Care Goodwill” yang memberi jaminan lanjutan selama dua tahun bagi kotak gear DSG pada kereta Volkswagen yang dikeluarkan sehingga Disember 2013, dengan perbatuan sehingga 200,000 km.
Program ini akan bermula sebaik sahaja tempoh jaminan 5 tahun pada kenderaan-tamat.
Bagi DSG, pelanggan akan menerima jaminan lanjutan bagi alat ganti selama dua tahun dari waktu komponen diganti, dengan caj buruh minimum. Jaminan itu juga melibatkan 100 peratus alat ganti dan buruh.
Bagi komponen lain pula, jaminan akan ditawarkan selepas jaminan asal tamat bergantung kepada kes. Perkara ini akan diperjelaskan di pusat servis Volkswagen berpandukan nombor VIN kenderaan dalam sistem talian VPCM.
Semua alat ganti yang ditukar dan dibayar di pusat servis Volkswagen yang sah dilindungi oleh jaminan selama dua tahun. Namun ia tidak termasuk alat ganti ‘wear and tear’.
Untuk layak bagi program “VPCM Customer Care Goodwill” pada DSG dan lain-lain komponen, pelanggan mesti mempunyai sejarah perkhidmatan lengkap di mana-mana pusat servis Volkswagen.
Selain itu, Volkswagen juga menyediakan program pertukaran alat ganti bagi komponen terpilih. Pakej Ekonomi bagi model-model tertentu yang berusia lebih dari lima tahun juga sedang dilaksanakan di pengedar sah Volkswagen dan akan diumumkan tidak lama lagi.
No Comment