2016 Adalah Rekod Jualan Tahunan Ketiga Untuk Volvo
Volvo Cars, pembuat kereta premium, telah melaporkan 2016 adalah tahun ketiga berturut-turut mencapai rekod jualan, peningkatan 6.2 peratus berbanding 2015 dengan 534,332 buah kereta, menekankan keluasan dan kedalaman transformasi global berterusan syarikat itu.
Rekod 2016 didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam semua wilayah jualan utama, termasuk peningkatan dua digit dalam dua pasaran terbesarnya China dan Amerika Syarikat dan prestasi yang kukuh di Eropah Barat. Memandang ke hadapan, Volvo yakin bahawa 2017 akan menjadi satu lagi tahun yang mencatatkan rekod dari segi jualan.
Jualan model terbaik mereka 90 Series baharu adalah pemacu pertumbuhan utama di peringkat global, yang diketuai oleh Volvo XC90 SUV premium besar yang mana jualan meningkat 125 peratus berbanding 2015, menonjolkan kejayaan reka bentuk dan kejuruteraan arah baru syarikat dan petanda yang baik untuk masa depan dimana lebih banyak model baru yang akan didedahkan pada tahun-tahun akan datang.
Sementara itu, SUV premium saiz pertengahan XC60 menubuhkan satu lagi rekod jualan tahunan baharu dengan 161,092 kereta dalam tahun kesembilan di pasaran, mempunyai peningkatan jualan setiap tahun sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008.
Disember |
Januari – Disember |
||||||
2015 |
2016 |
Change |
2015 |
2016 |
Beza |
||
China |
9 822 |
10 171 |
3,6% |
81 588 |
90 930 |
11,5% |
|
USA |
9 341 |
10 129 |
8,4% |
70 047 |
82 726 |
18,1% |
|
Sweden |
9 081 |
7 726 |
-14,9% |
71 200 |
70 268 |
-1,3% |
|
Western Europe |
24 451 |
23 769 |
-2,8% |
198 049 |
206 144 |
4,1% |
|
Pasaran Lain |
9 430 |
9 009 |
-4,5% |
82 243 |
84 264 |
2,5% |
|
JUMLAH |
62 125 |
60 804 |
-2,1% |
503 127 |
534 332 |
6,2% |
|
No Comment