Berita Auto

2016 Tahun Mencabar Bagi Litar Antarabangsa Sepang

2016 merupakan tahun yang mendugakan bagi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan cabaran seperti bilangan penonton yang rendah serta pendapatan yang menurun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tahun mencabar itu bermula dengan sesi latihan musim sejuk (winter test) MotoGP pada bulan Februari, diikuti dengan penutupan litar dari 15 Februari hingga 8 Mei bagi kerja-kerja menaik taraf bagi memastikan ia terus diberi penarafan sebagai litar Gred 1 dari FIA dan Gred A dari FIM.

Penutupan itu juga menyebabkan acara F1 dialih buat pertama kali sebagai perlumbaan ke-16 dari 21 di dalam kalendar. Ia juga merupakan kali pertama F1 Malaysia diadakan sejurus selepas F1 Singapura. Litar yang dinaik taraf itu menyaksikan catatan rekod terpantas dari Tom Sykes dan Lewis Hamilton dalam kejohanan masing-masing.

Motul Superbike World Championship merupakan acara pertama yang diadakan di Sepang selepas ianya dibuka semula. Diadakan pada 13 hingga 15 Mei, perlumbaan itu menjadi pentas saingan sengit antara pelumba tempatan iaitu Zulfahmi Khairuddin dan Ayrton Badovini dari Itali. Penonton juga menyaksikan Nicky Hayden merangkul kemenangan pertamanya dengan pasukan Honda.

The 2015 ARRC contingent will gather at the Sepang Circuit from April 1-3 for the official pre-season testZulfahmi Khairuddin

Namun begitu, selepas tiga tahun penganjuran WorldSBK, SIC tidak akan menyambung kontrak untuk menjadi hos perlumbaan itu pada tahun hadapan. Pengumuman tersebut dibuat pada Julai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato’ Razlan Razali.

Acara Formula One Petronas Malaysia Grand Prix yang diadakan dari 29 September hingga 2 Oktober juga menyaksikan anak tempatan bersaing dengan pelumba-pelumba antarabangsa dalam kategori GP2 dan GP3. Namun begitu, kedua-dua mereka gagal untuk mengutip sebarang mata di halaman sendiri.

Pada penghujung acara, F1 Malaysia Grand Prix merekodkan jumlah kedatangan sebanyak 83,828, peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding tahun lalu. Walaupun berhadapan dengan kos tinggi dan pulangan yang tidak mencukupi, SIC akan terus komited dalam menganjurkan perlumbaan edisi 2017 yang akan diadakan dari 29 September hingga 1 Oktober 2017, dua minggu selepas perlumbaan di Singapura.

????????????????????

Rekod kehadiran penonton semasa MotoGP juga meningkat dari 150,563 penonton pada 2015 ke 161,553 pada tahun lalu, walaupun dibasahi hujan dari hari pertama hingga hari ketiga. Selain itu, SIC turut berjaya menyambung kontrak MotoGP Malaysia hingga 2021, dengan Shell Malaysia sebagai penaja utama hingga 2020.

Kejohanan tempatan juga tidak kurang meriahnya. Perlumbaan endurance Sepang 1000KM menyaksikan penyertaan nama-nama besar seperti Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley yang berlumba dengan Keifli Othman serta selebriti terkenal, Zizan Razak. Motul Sepang 12 Hours juga kembali ke litar itu bagi tahun kedua sebagai acara terakhir dalam cabaran Intercontinental GT Challenge.

Acara bukan sukan permotoran seperti Viper Challenge, Music Run, Motorsport Free Morning dan berbasikal pada waktu malam juga diadakan bagi menarik minat orang ramai. Namun begitu, elemen kelajuan tetap dikekalkan dalam beberapa acara seperti Time Trial, di mana Sofian Nabil Omar Mohd Bakri dari pasukan Majlis Sukan Negara mencatat masa terpantas berbasikal.

Sepang1000km

Antara pengiktirafan yang diterima oleh SIC tahun lalu termasuklah Anugerah Kecemerlangan Industri bagi sektor hiburan sukan di Anugerah Bisnes Utusan 2015, dan Anugerah Kecemerlangan Sokongan Latihan 2016 dari BSI. SIC juga mensasar untuk menjadi syarikat Malaysia pertama untuk mendapat pensijilan ISO 20121:2012.

Kepimpinan SIC juga berubah pada tahun lalu, apabila jawatan Pengerusi yang disandang oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir diserahkan kepada Tan Sri Mohamad Azman Yahya selepas 13 tahun berkhidmat. Tan Sri Azman yang mempunyai minat dalam sukan bermotor merupakan ahli lembaga pengarah SIC sejak 2010.

Selain dari litar, SIC juga menaik taraf beberapa fasilitinya dalam usahanya untuk menjadi hab hiburan dalam masa lima hingga tujuh tahun. Dua bangunan baru iaitu South Paddock dan Paddock Chalet diperkenalkan sebelum bermulanya F1. SIC juga merancang untuk meraih RM1.3 bilion untuk terus menaik taraf litarnya. Ia juga bakal melancarkan semula litar go-kart yang direka oleh Hermann Tilke.

7. Sepang International Circuit

Previous post

INFINITI Mendedahkan Konsep QX50 di Detroit

Next post

Suka Supercars Tetapi Tidak Mampu. Ini Jawapannya!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *