Gaya Hidup / Lifestyle

7 Sebab Mengarut Mengapa Sesetengah Orang Tidak Akan Membeli Porsche Carrera Ini

Apabila anda memandu sebuah mesin yang telah dibangunkan seperti alat precision dengan dalaman direka untuk keselesaan dan keseronokan memandu  akan sentiasa ada yang iri hati dengan anda.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ya, ini adalah sifat manusia dan apabila mereka tidak boleh mendapatkannya untuk diri mereka sendiri mereka akan mencaci dan mencela dengan sebab-sebab yang mengarut.

Yang pertama dan alasan yang terbaik mereka beri adalah, kos yang tinggi cukai jalan tahunan. Dengan enjin 2981cc baru, cukai jalan ke atas mesin ini adalah sama seperti sebuah sedan mewah dari Jerman atau lebih sedikit sahaja.

Alasan mengarut kedua ialah kekurangan ruang apabila anda perlu pikap seseorang dari lapangan terbang. Jika anda mampu membeli Carrera Porsche berharga dari RM970,000.00 kami pasti anda mempunyai sebuah MPV, sedan mewah atau sekurang-kurangnya Golf GTI VW dalam garaj anda. (Mungkin juga ketiga-tiga kenderaan tersebut)

Sebab ketiga: ruang untuk beg golf atau gear tenis. Ye ke? Saya pasti terdapat satu Golf GTI di garaj rumah dan pemilik Porsche tidak membeli Porsche mereka untuk membawa beg golf.

Sebab keempat adalah penggunaan bahan api yang tinggi. Jika anda mampu Porsche, anda tidak akan berfikir tentang harga bahan api atau kenaikan harga kopi di kopitiam atau kos yang tinggi kailan di pasar basah. Sebenarnya, penggunaan bahan api Porsche 911 baharu bagi setiap 100km kini sekitar 12% lebih rendah kerana teknologi pengecasan turbo Porsche. 911 Carrera dengan transmisi PDK kini menggunakan hanya 7.4 liter bahan api bagi setiap 100 km (0.8 liter kurang), manakala S-model dengan PDK menggunakan 7.7 l / 100 km (1.0 liter kurang).

Sebab kelima: kos penyelenggaraan yang tinggi. Sekali lagi, pembeli Porsche tidak duduk di kopitiam dan mengadu tentang kenaikan harga ikan di pasar basah dan ketidakcekapan bas RapidKL di kawasan itu.

Sebab keenam: nilai jualan semula. Epal dengan epal kos susut nilai pada Porsche sama dengan saingan Jermannya tahun ke tahun.

Sebab ketujuh dan terakhir: kedudukan tempat duduk yang rendah. Jika anda tidak dapat melihat keluar dari tempat duduk pemandu Porsche ini, maka belilah SUV Hyundai Tucson.

Spesifikasi Porsche 911 Carrera 4  ‘S’

Enjin: Flat-6 Vario-Cam twinturbo

Kapasiti: 2981cc

Gearbox: 7-kelajuan PDK Semi-automatik

Max kuasa: 420bhp @ 6500rpm

Max tork: 500nm @ 1700-5000rpm

Speed Top: 303km / h

0-100 km / h: 4.0 saat – 3.8 secs dengan Sport Plus & PDK

Harga: Dari RM1,040,000.00

Previous post

Sedikit Fakta BMW M4

Next post

"Final Edition" Penutup Tirai Hennessey Venom GT

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *