Aston Martin Vanquish S Volante Yang Seksi
Aston Martin telah mendedahkan model terbaru mereka iaitu Vanquish S Volante. Model ini mempunyai aspek mekanikal yang sama dengan Vanquish S coupe yang dilancarkan pada November tahun lalu kecuali ia mempunyai bumbung yang boleh dibuka.
Dengan itu, jumlah kuasa yang dibekalkan oleh enjin naturally-aspirated 5.9 liter V12 itu kekal pada 580 hp pada 7,000 rpm dan 630 Nm pada 5,500 rpm. Unit itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan roda belakang.
Melihat kepada versi coupe yang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 323 km/j, tidak mustahil Vanquish S Volante mempunyai prestasi yang hampir sama.
Lain-lain penambahbaikan termasuklah kit badan aerodinamik dengan elemen gentian karbon serta diffuser belakang dengan empat tip ekzos. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem suspensi yang dipertingkatkan.
No Comment