Audi Kemuka Option Baru Untuk R8 Mereka
Audi telah membangunkan proses untuk separa matting permukaan cat kereta mereka. Serbuk khas mengasarkan lakuer di permukaan untuk kedalaman beberapa per ribu milimeter supaya tanda-tanda halusnya dapat dilihat. Dengan proses ini, program eksklusif Audi menawarkan reka bentuk peribadi untuk side blade semua pelanggan R8.
Proses ini yang dibangunkan oleh pakar-pakar Audi menjadikan setiap Audi unik. Bila simbol yang dikehendaki digunakan untuk komponen selepas dicat, proses mudah boleh disepadukan ke dalam siri pengeluaran normal.
Mengecat sebuah kereta terdiri daripada – tambahan kepada lapisan cathodic dip untuk perlindungan hakisan – sekurang-kurangnya tiga lapisan lagi: pengisi, kot asas dan lakuer telus kot perlindungan atas. Dengan proses yang baru dibangunkan, template corak yang dikehendaki mula-mula diletakkan pada komponen. Sistem blasting kemudian menyembur serbuk khas ke permukaan, yang mengasar lakuer telus kepada kedalaman hanya per ribu milimeter – kurang daripada satu per sepuluh ketebalan rambut manusia. Ini mewujudkan kesan yang matt dan corak homogen.
Kedai cat Audi boleh menggenakan hampir apa-apa corak yang pelanggan mahu asalkan tidak menjejaskan mana-mana hak-hak milik pihak ketiga. Pada masa ini, komponen dengan saiz sehingga satu meter persegi boleh diproses dengan cara ini. Kereta super sport Audi R8 adalah model pertama yang mana teknologi ini ditawarkan melalui program individualisasi eksklusif Audi. Jika mahu, pelanggan R8 boleh kenakan huruf individu dan grafik yang mereka mahu di side blade Coupe dan versi Spyder terbuka. Jangan risau, ianya akan dilanjutkan untuk model-model lain pada masa akan datang.
No Comment