Audi Rangkul Dua Anugerah “Best Cars 2017”
Audi berjaya membawa pulang dua kemenangan keseluruhan dalam pertandingan Best Cars 2017. Dalam kajian selidik pembaca yang dijalankan oleh majalah “auto motor und sport” itu, Audi A1 muncul pemenang dalam kategori Small Car manakala A3 pula menjuarai kategori Compact Car.
Majlis anugerah “auto motor und sport” itu diadakan untuk kali ke-41 tahun ini. Para pembaca majalah tersebut memilih kereta kegemaran masing-masing dari 378 calon yang dipertandingkan melalui 11 kategori. Pemenang keseluruhan dan kereta import pilihan kemudiannya akan dipilih mengikut kategori masing-masing.
Dalam kategori Small Car, 20.7 peratus pembaca memilih A1, manakala dalam kategori Compact Car pula, 17.1 peratus memilih A3 sebagai pemenang. Q7 pula mendapat tempat kedua dalam kategori Large SUV/Offroad Vehicle dengan undian sebanyak 10.4 peratus.
Sementara itu, A4, A6, R8 Spyder dan Q2 mendapat tempat ketiga dalam kategori masing-masing iaitu kategori Midsize, Upper Midsize, Convertible dan Compact SUV/Offroad Vehicle.
No Comment