Dapatkan Pie Face di Stesen BHPetrol Hari Ini
Jika anda suka makan pai dan anda mahukan yang terbaik untuk citarasa anda, segeralah ke stesen BHPetrol di Kampung Sungai Kayu Ara untuk dapatkan pai paling laku di Australia iaitu Pie Face.
“Kami serius tentang kualiti. Makanan sihat terbaik yang dibuat menggunakan bahan premium berkualiti, dibakar segar setiap hari supaya boleh merasai perbezaannya.” Ini adalah antara komitmen Pie Face yang boleh dibaca di laman web rasminya.
Rangkaian Pie Face diasaskan pada tahun 2003 di Sydney. Ia menjual pelbagai jenis pai serta kopi, dan kini syarikat itu telah menjalinkan kerjasama dengan BHPetrol bagi membuka outletnya bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan pai berkualiti selepas mengisi minyak yang berkualiti di stesen BHPetrol.
Pie Face bukan sahaja dijual di Australia malah Jepun, New Zealand, Singapura, Filipina, Thailand, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
No Comment