Dodge Challenger SRT Demon Didatangkan Standard Dengan Tayar Drag
Selepas ‘mengusik’ perasaan peminat yang menantikan kemunculan Challeger SRT Demon dengan dua video teaser pertama, Dodge kini kembali dengan video teaser ketiga bagi model terbarunya itu yang bertajuk ‘Body’.
Teaser kali ini menunjukkan kelebihan Challenger SRT Demon dalam melakukan burnout sebelum memecut. Menurut Dodge, ia merupakan model pertama yang menampilkan tayar drag sebagai ciri standard. Dalam kes ini, jenis Nitto NT05R bersaiz 315/40 R18 dengan lebar 11 inci.
Dodge juga mendedahkan rekaan bahagian belakang kereta tersebut. Challenger SRT Demon dikatakan 89 mm lebih lebar berbanding Hellcat, dengan adanya tayar dan dapra yang lebar.
Challenger SRT Demon bakal membuat penampilan pertamanya di New York Auto Show yang berlangsung pada April ini.
No Comment