“Final Edition” Penutup Tirai Hennessey Venom GT
Pengeluaran kereta hardtop coupe dan convertible terpantas dunia telah pun berakhir. Bagi meraikan jentera yang mampu memecut sehingga 434 km/j itu, Hennesse Performance (HPE) telah memperkenalkan Venom GT “Edisi Akhir” (Final Edition).
Ia didatangkan dalam warna eksklusif, Glacier Blue dengan belang putih dan dikuasakan oleh enjin yang sama dengan Venom GT lain iaitu 7.0 liter twin-turbo V8 dengan 1,451 bhp. Kereta ini telah pun dijual pada harga USD1.2 juta (RM5.3 juta).
Sejak 2010 HPE telah menghasilkan 12 unit Venom GT dan satu unit prototaip, menjadikan jumlah siri pengeluaran sebanyak 13 unit.
Enam Venom GT pertama yang dikeluarkan merupakan model hardtop manakala enam lagi adalah model roadster. Venom GT yang pertama dihasilkan untuk vokalis Aerosmith, Steven Tyler, telah pun dilelong sebanyak USD800 ribu (RM3.6 juta) dan 100% hasil kutipan akan didermakan kepada badan amal Janie’s Fund milik Tyler.
Sejak enam tahun lalu, kuasa yang dihasilkan meningkat dari 1,000 bhp sehingga 1,451 bhp. Dengan berat sejumlah 1,244 kg, Venom merupakan supercar pertama yang mencatat nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) 1:1. Beberapa rekod kelajuan berjaya dicatat, termasuk:
- Januari 2013 – Rekod Dunia Guinness untuk kereta sport dua tempat duduk terpantas dari 0 – 300 km/j dalam 13.61 saat.
- Februari 2014 – Menjadi kereta sport dua tempat duduk terpantas dunia dengan catatan 435.17 km/j di NASA Kennedy Space Center.
- Mac 2016 – Kereta tanpa bumbung terpantas dunia dengan mencapai kelajuan 427.4 km/j di United States Naval Air Station di Lemoore, California. Ia mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse dengan perbezaan sebanyak 17 km/j.
No Comment