Berita Auto

Honda BR-V Dilancarkan di Malaysia

Honda Malaysia membuka tirai 2017 dengan pelancaran Honda BR-V serba baharu. Crossover dengan tujuh tempat duduk itu telah dibangunkan khas oleh Honda R&D Asia Pacific (HRAP) untuk pasaran ASEAN. Ia juga merupakan model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu E (RM85,800) dan V (RM92,800). Syarikat itu mensasarkan jualan sebanyak 800 unit sebulan.

Honda BR-V Launch 27

Kedua-dua varian menampilkan enjin 1.5L i-VTEC yang menghasilkan 120 PS @ 6,600 rpm dan 145 Nm @ 4,600 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear CVT dengan Honda Earth Dreams Technology untuk penjimatan serta pemanduan lebih baik.

Honda BR-V Launch 07

Walaupun dibangunkan untuk mereka yang bekeluarga, BR-V membawa rekaan yang aktif dan lasak, dengan ketinggian seperti sebuah SUV (201 mm dari tanah). Antara kelengkapan standard yang diberi termasuklah lampu nyaalan siang LED, cermin sisi dengan lampu isyarat dan rel bumbung. Varian V pula didatangkan dengan pelindung sisi krom dan kemasan bampar.

Honda BR-V Launch 25

Selain itu, varian V juga lebih lengkap di dalam dengan adanya ciri-ciri seperti Smart Entry dan butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik, upholsteri kulit, skrin 6.1 inci serta butang kawalan audio pada roda stereng.

Honda BR-V Launch 16

Untuk keselesaan maksimum, kedua-dua varian BR-V dilengkapi dengan penghawa dingin belakang, 11 pemegang cawan dan soket 12V.

Honda BR-V Launch 13

Ciri praktikaliti BR-V pula diserlahkan melalui fungsi One Touch Tilt & Tumble pada tempat duduk baris kedua yang membolehkan ia dilipat dan dinaikkan dalam konfigurasi 60:40 dengan satu sentuhan. Tempat duduk baris ketiga juga boleh dilipat sepenuhnya dalam konfigurasi 50:50.

Honda BR-V Launch 17

Ia juga mempunyai ruang kargo sebesar 223 liter apabila semua kerusi dinaikkan, dan sehingga 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat.

Honda BR-V Launch 20

Dari aspek keselamatan, crossover tersebut menerima penarafan lima bintang dari ASEAN NCAP. Tanpa mengira varian, ia menampilkan ciri-ciri seperti dua beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD, Hill Start Assist (HSA), sensor undur dan ISOFIX pada barisan kedua. Bagaimanapun, kamera undur terhad kepada varian V.

Honda BR-V Launch 21

Honda BR-V boleh didapati dalam lima warna iaitu merah (Dark Ruby Red Pearl), kelabu (Modern Steel Metallic), perak (Lunar Silver Metallic), putih (Taffeta White) dan warna baharu, perang (Golden Brown Metallic).

 

 

 

Previous post

Trade-in VW Lama Anda Untuk Tawaran Terbaik Untuk Passat Atau Jetta Baharu

Next post

Raikan Tahun Ayam dengan BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *