Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Kelas Celik Yamaha
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini merasmikan penajaan Kelas Celik Yamaha di SMK Bukit Rahman Putra di bawah Program Pendidikan Khas Bersepadu (Special Education Integrated Program, SEIP) sekolah itu.
Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Dato’ Haji Ahmad Tajudin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Malaysia, ditemani oleh Tn Hj Mohd Salleh bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dan Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor.
Ditubuhkan sejak 2001, SEIP mempunyai 16 kelas bersepadu yang menampung 105 pelajar dan 19 guru. Progra-program bersepadu tersebut mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran kondusif untuk para pelajar serta guru. Penajaan ini adalah usahasama terkini antara HLYM dan SMKBRP selepas kempen Yamaha Safety Riding Science (YSRS) dan aktiviti Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management System, EMS).
Melalui penajaan itu, HLYM telah bekerjsama dengan pihak sekolah bagi menyediakan kelas dengan peralatan dan bahan mengajar yang lengkap. Selain itu, syarikat itu juga berkongsi kepakaran mereka bagi membangunkan satu siri program yang sistematik.
No Comment