Gaya Hidup / Lifestyle

Hyundai Guna Perkhidmatan Blue Link Telematics Dengan Speaker Kenal Suara Google Home

Hyundai menunjukkan keserasian mereka dengan Blue Link Agent untuk Google Assistant. Integrasi yang Hyundai tunjukkan di Pepcom’s Digital Experience  sebelum Consumer Electronics Show (CES®) pada 4 Januari, membolehkan kawalan pelbagai fungsi kenderaan Hyundai dengan arahan suara yang mudah.

Arahan-arahan termasuk “Ok Google, Tell Blue Link to start my Santa Fe and set the temperature to 72 degrees”, “Ok Google, Tell Blue Link to send the address of the Mandarin Oriental, in Las Vegas to my Sonata” dan “Ok Google, ask Blue Link to lock my car”.

Google Home merupakan speaker diaktifkan suara dikuasakan oleh Google Assistant yang dapat memberikan jawapan masa-kini, mengaktifkan perkhidmatan penstriman muzik, peralatan rumah pintar dan kini, kereta.

Blue Link membawa penyambungan lancar terus ke dalam kereta Hyundai dengan teknologi seperti Remote Start dengan Climate Control, Destination Search dikuasai Google®, Remote Door Lock/Unlock, Car Finder, Enhanced Roadside Assistance, dan Stolen Vehicle Recovery.

Perkhidmatan Blue Link boleh diakses dengan mudah dari butang pada cermin belakang dan centre stack, Web atau melalui aplikasi telefon pintar pemilik Blue Link. Selain Action on Google Assistant, beberapa ciri-ciri ini juga boleh dikawal melalui Android Wear™ and Apple Watch™ terkini.

Bagaimana Ianya Berfungsi

Untuk menghantar arahan kepada Kenderaan Hyundai melalui Google Assistant pada Google Home, jurutera mencipta satu cara untuk menghubungkan Akaun Blue Link pelanggan kepada Google Assistant perkhidmatan suara diaktifkan. Setelah pelanggan berjaya menghubungi akaun mereka, Arahan Remote Service akan hanya dihantar kepada kenderaan Hyundai selepas Google Assitant meminta pemilik Blue Link Personal Identification Number (PIN) mereka.

 

 

Previous post

Jualan Model JEEP Dengan Penjimatan Sehingga RM110,000.00

Next post

Dapatkan Chevy Colorado Baharu Dan Modnya Macam Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *