Motosikal / Skuter / Roda

Kawasaki Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya

Kawasaki Motors Malaysia telah melancarkan satu kempen keselamatan jalan raya, bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Kempen itu dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai bersama dengan Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus Besar Kawasaki Motors Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen itu diadakan khas untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang tentang aspek keselamatan dan penyelenggaraan motosikal, termasuk kepentingan memakai pakaian yang cerah dan jaket pantul cahaya. Menurut MIROS, 60 peratus dari jumlah kemalangan jalan raya melibatkan motosikal.

????????

Diadakan di plaza tol Sungai Besi, kempen itu juga menyediakan pemeriksaan keselamatan untuk pelbagai jenis motosikal yang dilakukan oleh para juruteknik Kawasaki yang terlatih. Bukan itu sahaja, topi keledar dan jaket berwarna terang juga diberikan kepada yang hadir.

????????

Kawasaki Motors Malaysia berharap agar kempen tersebut dapat menyumbang untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya pada musim perayaan ini, khasnya di kalangan penunggang motosikal.

 

Previous post

Pandu Uji: Proton Ertiga - MPV 6 Tempat Duduk Untuk Rakyat

Next post

Ducati Mulakan 'Red Weekend' Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *