Kerja-Kerja Naik Taraf Di Sekitar Persimpangan Salak, Lebuhraya Kuala-Seremban
Operator Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KLS) – ANIH Berhad hari ini mengumumkan penutupan susur keluar di sekitar Persimpangan Salak, Lebuhraya KLS, secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf mulai 16 Januari 2017, dari jam 10 malam hingga 5 pagi.
Pengguna dinasihatkan untuk mengikuti laluan alternatif yang disediakan serta mematuhi arahan papan tanda di lokasi.
Untuk maklumat trafik, sila hubungi Talian Bantuan KLS di 03-91732020.
ANIH Berhad mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya. Kesulitan kini adalah untuk keselesaan di masa hadapan.
No Comment