Berita Auto

Kia Siar Gambar-Gambar Awal Picanto Baharu Mereka

Kia Motors hari ini menyiarkan imej-imej Picanto serba baharu, generasi ketiga salah satu kereta paling laris global Kia.

Dicipta oleh pusat-pusat reka bentuk Kia di Namyang, Korea dan Frankfurt, Jerman, Picanto baharu membawa watak muda dan bertenaga kepada segmen A. Model baharu yang dipersembahkan dalam spesifikasi Kia berinspirasi sport ‘GT-Line’ – menyampaikan pendirian yang lebih tegas melalui garisan badan lebih berani dan ukiran permukaan halus. Jarak roda 15 mm lebih panjang (2385 mm hingga 2400 mm) juga menolak roda lebih jauh ke dalam setiap sudut untuk penampilan yang lebih yakin. Palet warna Picanto adalah lebih bertenaga berbanding sebelum ini, dengan pilihan 11 cat cerah direka untuk membuat kereta menonjol.
BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101
Di dalam, suite Picanto berkeselesaan teknologi tinggi , kemudahan dan ciri-ciri keselamatan adalah berlandaskan reka bentuk kabin baru yang moden dan halus. Di tengah-tengah kabin adalah sistem skrin sentuh infotainment ‘terapung’ baharu, menjadikan teknologi dalam kereta terkini disediakan untuk penghuni. Picanto menawarkan potensi yang lebih besar untuk peribadi pelanggan dimana pembeli dapat memilih daripada pelbagai warna untuk trim dan upholsteri.
Pembeli Picanto serba baharu akan menikmati kecekapan pembungkusan lebih bijak berbanding sebelum ini, dengan ruang kabin dan kargo lebih daripada saingan sesegmen.
Walaupun jarak roda lebih panjang, Picanto mengekalkan dimensi bersifat padat. Dengan overhang depan yang lebih pendek dan overhang belakang panjang, model serba baharu adalah sama panjang (3595 mm) dengan kereta yang digantikannya.
Kia akan mendedahkan  Picanto semua-baru buat kali pertama di Geneva International Motor Show 2017 pada bulan Mac, dan akan mula dijual pada akhir suku ketiga tahun 2017.
Previous post

Pengeluaran Cell Battery Bermula di Gigafactory Tesla

Next post

Pandu Uji: Proton Ertiga - MPV 6 Tempat Duduk Untuk Rakyat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *