Berita Auto

Kia Stinger Bakal Menyengat!

Siapa sangka jenama dari Korea Selatan yang terkenal dengan kenderaan penumpang yang biasa-biasa sahaja akhirnya mampu menghasilkan sesuatu yang mampu mencabar BMW dan Mercedes-Benz. Diperkenalkan di Detroit Auto Show, Stinger merupakan ‘fastback sport sedan’ yang mampu memuatkan lima penumpang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rekaan Stinger dihasilkan oleh Peter Schreyer dan pasukannya di Frankfurt, manakala aspek pengendalian (ride and handling) pula adalah hasil tangan Albert Biermann dan pasukannya di Korea Selatan. Apa yang menarik, Stinger diuji dan dibangunkan di litar Nurburgring.

458810

Casisnya terdiri dari 55 peratus keluli berkekuatan tinggi yang dikatakan dapat mengurangkan tahap NVH, sekaligus mempunyai kabin yang lebih senyap. Casis tersebut dipadankan dengan suspensi MacPherson di hadapan dan multi-link di belakang.

458804

Buat pertama kali dalam sejarah Kia, Stinger didatangkan dengan suspensi boleh laras elektronik yang dikenali sebagai Dynamic Stability Damping Control. Ia bertindak balas mengikut input dari pemandu serta keadaan permukaan jalan, dan boleh dikawal melalui lima mod iaitu Personal, Eco, Sport, Comfort dan Smart.

458806

Stereng jenis Rack-mounted Motor Driven Power Steering (R-MDPS) bukan sahaja memberikan pengendalian lebih responsif, malah gegaran pada rak stereng juga dikurangkan.

458786

Stinger akan ditawarkan dengan dua enjin iaitu enjin turbo Theta II 2.0 liter empat silinder dengan 255 hp dan 352 Nm untuk varian asas dan enjin twin-turbo Lambda II 3.3 liter V6 dengan 365 hp dan 510 Nm untuk varian Stinger GT. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan generasi kedua dengan pacuan roda belakang atau empat roda.

458791

Antara teknologi dan kemudahan yang disertakan bersama Stinger termasuklah Forward Collision Assistance (FCA), Advanced Smart Cruise Control (ASCC), Lane Keep Assist (LKA), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Ia juga dilengkapi dengan Driver Attention Alert (DAA) yang berfungsi mengesan pemandu yang keletihan atau mengantuk lalu mengeluarkan amaran.

 

 

Previous post

Toyota Fortuner Terima Status EEV

Next post

TIADA KERJA PENYELENGGARAAN Di Terowong Genting Sempah Pada Musim Cuti Perayaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *